Pengikut

Jumaat, 19 April 2013

Pecah Berita..!!! Ahli UMNO Di PECAT Pada Hari Penamaan Calon


Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin kecewa dengan tindakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.

“Saya agak kecewa kerana beliau Naib Ketua Wanita UMNO, jawatan kedua tertinggi dalam Wanita UMNO melakukan perkara bertentangan dengan  peraturan, semangat perjuangan dan prinsip parti.”

“Kalau berlaku hal begini dia secara automatik dipecat daripada parti  sesuatu yang bagi saya amat mengecewakan, tetapi kita hendak menunjukkan parti bertindak tegas tidak mahu ada pembelot apatah lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya yang penting,” tegas Muhyiddin.

..........................................


PRU13: Ustaz Bollywood Hadir Memberi Sokongan Kepada Calon PAS DUN Selama

Ustaz Bollywood atau nama sebenarnya Ustaz Haslin Baharin yang popular disebuah rancangan TV tempatan hari ini bersama-sama hadir di Tapak Bazar Ramadhan Selama Perak untuk memberi sokongan kepada calon PAS Selama Ustaz Akmal Kamaruddin (PAS).


Ust Bollywood menyambut ketibaan calon DUN Selama Ust Akmal

Sokongan Ust Bollywood kepada Ust Akmal calon PAS DUN Selama
...................................

Datuk Fauzi Shaari ditentang Ravee Pasir dan Hamzah di Parlimen Larut [ Bergambar ]

Datuk Fauzi bersama Ust Akmal 
LARUT: Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari akan dicabar oleh 2 calon masing-masing daripada BN dan bebas.

BN akan diwakili oleh Datuk Hamzah Zainuddin manakala satu calon Bebas,Raveendran Vallikana yang lebih dikenali sebagai "Rave Pasir",beliau akan menggunakan simbol bunga.
Ravee Pasir Calon BEBAS Parlimen Larut
Pertarungan satu lawan satu dengan calon BN di ketiga-tiga Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Kuala Kurau.

Ustaz Nazri Din (PAS) akan dicabar oleh Hasbullah Elias (BN) manakala Ustaz Akmal Kamaruddin (PAS) akan ditentang oleh Datuk Mohd Daud Mohd Yusof

Satu lagi Dun yang ditandingi PKR iaitu Kuala Kurau akan diwakili oleh Fadzil Alias dan akan ditentang oleh calon BN, Mohd Amin Zakaria

Suasana penamaan calon berlangsung penuh meriah.

Kira-kira 8 000 penyokong berarak satu kilometer ke pusat penamaan calon iaitu di Pejabat Tanah, Selama.

Sejak awal lagi para penyokong sudah mula berkumpul dan dimulakan dengan solat dhuha dan hajat bersama-sama calon.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS iaitu Yang Dipertua PAS Larut, Dr Mohd Dhari Othman tewas kepada calon BN Hamzah Mohd Zain hanya dengan majoriti 1,911 undi.

Mohd Dhari mendapat 13,967 undi manakala Hamzah sebanyak 15,878 undi.

Dun Kubu Gajah, Nazri Din hanya tewas dengan majoriti 64 undi manakala Abu Husin Mohamad tewas dengan 355 undi di Dun Selama.

Mengikut demografi pecahan kaum, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (87.42%), Cina (5.99%), India (6.41%) manakala bakinya 0.17 % adalah lain-lain kaum.

Terkini: Parlimen Larut 3 penjuru

Laporan awal mengesahkan Parlimen Larut menyaksi pertandingan 3 penjuru. PAS,  BN dan BEBAS.

Calon PAS Datuk Fauzi Shaari, calon BN Dato Hamzah dan BEBAS dikenali , Calon bebas parlimen Larut- Raveendran a/l  m. Vallikana (Simbul bunga).

Menurut sumber calon BEBAS adalah ahli BN yang kecewa dengan Dato Hamzah.

Penamaan Calon Parlimen Larut sedang berlangsung BN Tak nampak muka

Calon PAS dan PKR yang mewakili Parlimen Larut Datuk Fauzi Shaari, Ust Akmal bagi DUN Selama dan Ust Nazri Din bagi DUN Kubu Gajah sedang berlansung. Keadaan penyokong terkawal,hampir 10ribu penyokong PR membanjiri hadapan Pejabat Daerah  dan Tanah Selama.

Calon BN hingga sekarang belum nampak muka...penyokong merka hanya sekitar 2ribu orang saja.

Gambar-gambar menarik akan menyusul kemudian..

Khamis, 18 April 2013

Esok Penamaan Calon,Mereka Dah Turunkan Bendera Perang

Calon untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan ditandingi oleh Shahbudin Yahaya; Dun Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid; Dun Sungai Dua, Mohd Yusof Mohd Noor dan Dun Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid.

Difahamkan petugas ahli wanita Umno bahagian dan cawangan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan calon yang diletakkan bukan pilihan mereka.

Mereka yang terdiri dari ahli Jaringan Rakyat (JR) dan petugas sukarela pelbagai pertubuhan lain juga enggan meneruskan kerja sukarela kerana pucuk pimpinan parti didakwa tidak mendengar suara mereka berkaitan pemilihan calon.
Ini pun kes pasal  calon UMNO BN..
Najib sudah pening...hahaha...
.................................


PRU13: SENARAI PENUH CALON PAS NEGERI PERAK


18 Apr 2013 IPOH: PAS Perak hari ini mengumumkan kesemua nama calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu bagi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 kerusi parlimen.

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain pada program di hadapan pejabat PKR Perak malam ini. 


Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS bagi negeri Perak:


Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

DUN N05 SELAMA
Ust. Mohd Akmal bin Kamaruddin 
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS 
Guru

DUN N06 KUBU GAJAH 
Mohd Nazri bin Din 
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut 
Ahli Perniagaan 

DUN N08 TITI SERONG 
Ust. Abu Bakar bin Hussain 
Pesuruhjaya PAS Perak 
Pesara Guru 

DUN N11 GUNUNG SEMANGGOL 
Ust. Mohd. Zawawi bin Abu Hassan 
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Guru 

DUN N12 SELINSING
Haji Husin bin Din 
Timb. YDP PAS Kawasan Bagan Serai Adun Selinsing 

DUN N14 CHANGKAT JERING 
Dato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin 
AJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak
YDP PAS  Kawasan Kampar Adun Pasir Panjang
Ahli Parlimen Bkt Gantang 

DUN N15 TRONG 
Ust. Norazli bin Musa 
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak  
YDP PAS Kawasan Ipoh Barat 
Aktivis Parti Sepenuh Masa 

DUN N16 KAMUNTING 
Ust. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul Aziz 
YDP PAS Kawasan Taiping 
Ahli Perniagaan 

DUN N19 CHENDEROH 
Dr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad Radzi 
Naib YDP PAS Kawasan Padang Rengas 
Doktor Homeopathy 

DUN N20 LUBUK MERBAU 
Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof 
AJK Badan Perhubungan PAS Perak 
Adun Lubuk Merbau 

DUN N21 LINTANG 
Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman 
Setiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U) 
Jurutera Perunding 

DUN N23 MANJOI 
Haji Asmuni bin Awi 
Pengarah Pilihanraya PAS Perak 
Peguam 

DUN N35 MANONG 
Haji Jamil Bin Haji Dzulkarnain
AJK PAS Kawasan Kuala Kangsar 
Pesara Bank 

DUN N36 PENGKALAN BHARU 
Dr. Khairuddin bin Abdul Malik 
YDP PAS Kawasan Tambun 
Doktor Perubatan 

DUN N38 BELANJA 
Dr. Najihatussalehah binti Haji Ahmad 
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak 
Doktor Perubatan 

DUN N43 SUNGAI RAPAT
Radzi bin Zainon 
Timb. YDP PAS Kawasan Gopeng 
Ahli Perniagaan 

DUN N47 AIR KUNING 
Dr. Ahmad Razi bin Othman 
AJK PAS Kawasan Tapah 
Doktor Perubatan 

DUN N49 KAMPUNG GAJAH 
Ishak bin Saari 
AJK PAS Kawasan Pasir Salak 
Usahawan 

DUN N51 PASIR PANJANG 
Puan Rohawati binti Abidin 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut 
Ahli Perniagaan 

DUN N53 RUNGKUP 
Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj Masduki 
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak 
YDP PAS Kawasan Bagan Datoh 
Aktivis Parti Sepenuh Masa 

DUN N56 CHANGKAT JONG 
Haji Mohd Anuar bin Sudin 
Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan 
ADUN Changkat Jong 

DUN N58 SLIM 
Haji Aminuddin bin Zulkipli 
YDP PAS Kawasan Tanjung Malim 
Peguam 

Bagi kawasan Parlimen 

PARLIMEN P54 GERIK 
Norhayati binti Kassim 
Ketua DMP Kawasan Gerik 
Ahli Perniagaan 

PARLIMEN P55 LENGGONG
Haji Razman bin Zakaria 
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak
YDP PAS Lenggong 
Ahli Perniagaan 

PARLIMEN P56 LARUT 
Dato’ Fauzi bin Shaari 
Bekas Pengarah JSJ PDRM 

PARLIMEN P57 PARIT BUNTAR 
Dr. Mujahid bin Yusof 
AJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 
Ahli Parlimen Parit Buntar 

PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG 
Ust. Idris bin Haji Ahmad 
AJK PAS Pusat Ahli Politik & Guru Agama 

PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR 
Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah 
AJK Badan Perhubungan PAS Perak 
Adun Titi Serong 

PARLIMEN P69 PARIT 
Ust. Muhammad Ismi bin Mat Taib 
YDP PAS Kawasan Parit 
Ahli Perniagaan

- Sumber Harakahdaily

Tolak Arahan Najib: Mohd Fadzil Serah Kembali Watikah Calon

18 Apr 2013 SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48,menyerahkan kembali watikah yang diberikan kepadanya.

Mohamad Hasan berkata, Mohd Fadzil menemuinya pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan untuk menyerahkan watikah itu dibuat selepas ada bantahan terhadap pemilihannya sebagai calon.

"Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol. Sebab itu saya tarik diri," katanya ketika dihubungi di sini, lapor akhbar pro BN itu.

Mohd Fadzil adalah bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan belajar di Akademi Islam Universiti Malaya sebelum ini.

Menurut Mohamad Hasan, beliau telah menasihatkan calon berkenaan berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

"Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak. "Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini. - HD

** Huru-hara isu calon UMNO BN tidak boleh disembunyikan lagi,seluruh rakyat tahu UMNO BN bergolak kerana tamak kuasa untuk tindas rakyat...ubah sekarang,ini kali lah...vote for PAS,PKR and DAP...

Makanan Di Hina Kerana Kempen Politik UMNO BN

Blog UMNO hina makanan..

Wahai rakyat malaysia, marilah bersama sama menolak parti yang meraikan kelucahan,selamatkanlah keluarga kita dari menonton video lucah ataupun gambar lucah secara berleluasa.

Tidak cukup dengan semua itu...kini makanan pun turut dihina dengan mengaitkan politik lucah mereka..

.
Jauhi Politik Lucah UMNO BN..!!!!
"Ubah sebelum parah, selamatkan Malaysia,Jauhi UMNO BN demi anakbangsa kita" 
 ...................................................................
Hampir kesemua pemimpin dan negarawan agung bangsa Melayu mati kerana difitnah bukan kerana gugur di medan perang...
Hang Tuah. Hang Jebat. Tun Mutahir sekeluarga. Tun Ali dan seisi keluarga. Sang Rajuna Tapa dan anaknya Dang Anum. Mahsuri... 

‌ۚ وَٱلۡفِتۡنَةُ أَڪۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۗ

“… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan…” (al-Baqarah: 217)
.........................................................

Rabu, 17 April 2013

UMNO Mempertaruhkan YB Banner di N16 DUN Kamunting


Umno mempertaruhkan YB Banner di DUN16 Kamunting

Begitulah ayat yang Orangni dapat dari orang lama umno Taiping dan beberapa orang guru semasa minum pagi bersama Orangni. 

Orangni terkejut dan terkedu mencari siapakah gerangan YB Banner ni?

Adakah Umno mempertaruhkan muka baru? Setelah dibelanja secawan kopi dan sekeping roti cana, orang lama umno tersebut menjelaskan YB Banner adalah gelaran untuk bekas YB Dato’ Mohammad Zahir Bin Dato’ Abdul Khalid, merangkap bekas Exco JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains & Teknologi Negeri Perak.
Ini adalah kerana menurut sumber, pada 2 minggu yang lalu wakil dari Pejabat YB ni ada menelefon beberapa sekolah disekitar Taiping memohon senarai apakah sumbangan yang pernah disampaikan oleh YB ni kepada pihak sekolah. 
Pihak sekolah pada mulanya menjangkakan akan dapat "habuan" tambahan lalu menyenaraikannya. 
Seminggu selepas itu, sekali lagi pihak Pejabat YB menghubungi pihak sekolah dan mengarahkan seorang wakil hadir ke pejabat khidmat untuk mengambil "habuan". 
Khabarnya, berbondong wakil sekolah menerpa untuk mengambil "habuan". Namun keghairahan wakil sekolah terbantut kerana "habuan" yang diambil hanyalah sehelai BANNER yang telah siap, dan pihak sekolah perlu menggantung banner tersebut di kawasan perhatian umum.
Untuk membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan orang lama umno tu Orangni dan krew telah sempat ke beberapa lokasi bagi meninjau dan mendapati bentuk, keterampilan dan reka bentuk banner itu hampir sinonim antara satu dengan yang lain. 
Dan menurut kata beberapa wakil PIBG, mereka sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara ini dan menyifatkan BANNER tersebut sebagai " sendiri reka, sendiri tempah, sendiri angkat diri" umpama pepatah lama "Masuk Bakul Angkat Sendiri".

Timbul kemusykilan... tertanya-tanya bajet manakah yang digunapakai, kerana pihak PIBG atau sekolah menafikan penglibatan mereka didalam menempah banner tersebut.

YB Zahir bergambar dengan Blogger Upahan Nasik Bungkus ...

.........................................