Pengikut

Sabtu, 20 Julai 2013

GAY teacher kissing Najib Tun Razak....?

What has happened ..?!!
He kissed men ..??!!
Rosmah jealous or not ..??
Hahaha....

YB Dato Zahir ADUN Kemunting Kemalangan

Saya baru lepas accident - FB Mohammad Zahir Abdul Khalid
FB Dato Zahir -  Terima kasih semua for the kind words and concern. Alhamdulillah saya ok, terkejut sikit shj. Kena odw ke masjid utk solat Jumaat.
Syukur...kemalangan ini tidak menyebabkan PRK di Perak..

Shisha : DiHaramkan dan Haram Jadah yang menyampaikan

Majlis Fatwa telah mengharamkan shisa..disampaikan oleh pembaca berita  wanita TV3suku dalam keadaan "haramjadah"...hahaha...
Rambut terjojol macam DS Rosmah...mau sampai berita pasal hukum hakam...pap-pap piiiiiraaah....!!!!!

Jumaat, 19 Julai 2013

Apahal ni..!!!?? Najib Masih Dibelakang Sedangkan Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi dah Kedepan [ Bergambar ]

Muhyiddin jadi imam solat dengan baju cap dacingnya...
Berjubah dan berkopiah putih Zahid pun dah kedepan jadi imam solat...
Aik..???...PM masih dok jadi makmum,camni ke nak panggil pemimpin.???...hahaha...

Al-Kisah Zambry Kadir Dan Amanjaya Terbongkar...!!!!

Zambry sering bangga dengan ungkapan dua patah perkataan yang disambung jadi satu iaitu AMAN JAYA.

Tiap kali beliau memulakan ucapan, pasti antara perkataan awal yang sering diungkap ialah "Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya." Seolah-olah perkataan Darul Ridzuan sudah diganti dengan perkataan Amanjaya.

Aku yang sering bertugas membuat liputan majlis-majlis rasmi MB dah naik meluat dan muak dengar perkataan itu. Hari ini, negeri Perak sudah ada sebuah stesen bas ekspress yang dinamakan sempena dua perkataan itu iaitu Terminal Aman Jaya.

Ramai yang tidak mengerti apa maksud Aman Jaya. Kepada mereka yang baru mendengarnya, mungkin menganggap itu nama terminal bas. Atau dengan kata lain, "Salam Perak Terminal Bas Ekspress". Atau mungkin ramai yang membuat tafsiran sendiri iaitu Perak "negeri yang aman makmur dan maju jaya".

Tapi tahukah anda siapa yang mula mencetuskan perkataan ini?

Dahulu, Institut Darul Ridzuan atau IDR dipandu oleh seorang CEO yang bernama Aminuddin. Amin diberi tugas berat untuk mencetuskan idea-idea terkini yang kreatif dan innovatif untuk memajukan ekonomi dan taraf hidup warga Perak seterusnya menjadikan Perak negeri yang kaya raya dan maju jaya di kalangan negeri-negeri di dalam Malaysia.

Tetapi apa yang diharapkan oleh rakyat Perak indah khabar dari rupa. Rakyat Perak tak dapat lihat apa-apa perubahan yang dilakukan beliau. Yang susah tetap hidup melarat. Yang memerlukan bantuan tidak dibantu. Akhirnya harapan tinggal harapan. Seolah-olah membayangkan nama Aman Jaya itu seperti bunyi sebuah harapan.

Antara kejayaannya yang boleh dihargai ialah menjemput Riduan Tee Abdullah mengacarakan rancangan Forum Perdana yang disiarkan secara langsung di TV serta memperkenalkan pantai peranginan mewah Pangkor Laut di saluran Asian Food Channel (AFC) dan kejayaan membina terminal bas ekspress.

Amin sebenarnya bukan anak jati negeri Perak sebaliknya dia berasal dari Kedah. Beliau dilantik oleh Zambry sudah tentu disebabkan mereka kawan rapat (atau lebih tepat disebut kroni).

Sebenarnya dia tidak mempunyai idea. Nama Aman Jaya itu bukan datang dari kotak fikirannya sendiri sebaliknya hanya menciplak idea orang lain.

Idea itu datang tidak jauh dari negeri Perak iaitu dari negeri tempat lahirnya atau jiran Perak iaitu Kedah. Sesiapa orang Kedah sudah pasti biasa dengan perkataan Amanjaya.

Di Kedah, terdapat Amanjaya Mall, Sekolah Menengah Amanjaya di Sungai Petani dan Bandar Amanjaya.

Jikalau anda tak percaya, cubalah cari di Google Maps. Jadi bolehkah anda menganggap idea Amanjaya itu adalah idea baru yang asli, keatif dan innovatif?

Atau ia cuma copy paste.

Panas..!!! Ibu Sendiri Buat Pendedahan Perangai Calon PAS Kuala Besut..!!!!

“Che Long tidak berpelajaran tinggi kerana telah berkorban untuk mencari rezeki membiayai keluarga dan adik-adik,” ujar ibu calon PAS PRK Dun Kuala Besut, Minah Abdul Rauf, 64.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru dekat sini beliau memberitahu, sebagai anak sulong Che Long telah banyak berkorban untuk keluarga dan adik-adik untuk mencari rezeki. “Kami dari keluarga yang susah, Che Long telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi.

Sebelum berjaya sekarang, Che Long telah bekerja dari bawah sebagai kuli sahaja. “Bila ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab keluarga, untuk menyara mak dan adik-adik dengan buat pelbagai pekerjaan,” ujarnya.

Sebagai seorang ibu, tidak dinafikan beliau berasa sedih kerana bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Che Long untuk menyara adiknya enam orang lagi ketika itu semuanya masih bersekolah.

Menyentuh tentang kebaikan dan sifat pemurah Che Long, beliau mengakui bukan hanya sekarang sifatnya sedemikian, tetapi sejak kecil lagi.

“Dia banyak bertolak ansur dengan adik, bila dia remaja dia mencari rezeki sendiri, dia bahagikan pada kami, pendekata dia memang anak yang bertanggungjawab pada anggota keluarga,” ujarnya. Sambungnya lagi, sifat tersebut telah diteruskan sehingga kini termasuk ketika menjadi calon untuk PRK N.1 Kuala Besut.

Ibunya juga telah mendedahkan, sifat dermawannya bukan sekarang, sebaliknya terserlah sejak awal lagi.

Katanya, ketika beliau dilantik menjadi bilal masjid, Azlan tidak mengambil elaun yang diberikan kepadanya dengan alasan untuk membantu mereka yang susah.

Menurut Minah lagi, Azlan berkata cukuplah dengan rezeki yang telah diberikan Allah, yang lain bagi kepada mereka yang memerlukan. Katanya, sifat pemurah Azlan telah diwarisi dari allahyarham ayahnya yang gemar membantu mereka yang susah.

Menyentuh tentang pencalonan anak sulungnya itu, Minah memberitahu Azlan hanya menerima hasrat pimpinan sahaja walaupun pernah diminta untuk berbuat demikian sebelum ini.

“Moga dia laksanakan amanah yang diberikan padanya dengan baik sebagaimana yang dijanjikan,” katanya. Kongsi

Khamis, 18 Julai 2013

PRK N1 : Saksikan Video Keluhan Anak Jati Kuala Besut

Pak Lah Kini Berkerusi Roda

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengejutkan banyak pihak apabila beliau tiba di Forum Kepimpinan Asean ke-10 dengan berkerusi roda.Abdullah tidak pula menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau sedang sakit, malah berada dalam ‘mood’ yang ceria semasa menyampaikan ucaptama pada forum, Khamis.
Pembantu pegawai khasnya, Teoh Ai Hua berkata, Abdullah mengalami radang di perantara tisu atau selulitis di kaki kiri beliau sejak enam minggu lalu.
“Beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak berjalan begitu banyak kerana ia akan membebankan kakinya."

Rabu, 17 Julai 2013

Murid Tahun 5 Maut Dikepit Lif Perumahan Awam

KUALA LUMPUR – Seorang murid tahun lima maut selepas kepalanya tersepit di pintu lif dalam kejadian di Perumahan Awam Desa Tun Razak di sini hari ini.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu Khairul Amir Azri Lani, 11, tersepit ketika cuba keluar daripada lif yang tersekat antara tingkat dua dan tiga di bangunan berkenaan.

Menurut saksi, Mohd Nor Asyriq Mohd Zafridin, 17, mangsa cuba memanjat ke tingkat tiga, namun secara tiba-tiba lif itu bergerak ke bawah menyebabkan kepalanya tersepit di pintu.
“Masa tu Amir teragak-agak cuba nak melompat keluar, bila dia cuba tiba-tiba lif bergerak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada pukul 1.16 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota digegaskan ke tempat kejadian.

Ketika kejadian terdapat 18 orang di dalam lif itu dan kebanyakannya adalah pelajar yang baru pulang dari sekolah, katanya. “Kesemua mangsa dapat dikeluarkan di lobi. Lif tersebut sepatutnya tidak bergerak turun dan kita percaya ada masalah teknikal pada lif itu,”katanya.

Menurutnya mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan di kepala dan bahu sebelum dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - Bernama

Yahooo...!!! Najib dah umum bonus raya hasil perjuangan BN

Nampaknya warga FELDA sajalah yang dijaga,yang dibelai dan yang dihargai oleh Najib...bagi yang lain seperti warga kakitangan kerajaan atau penjawat awam masih kelabu asap dipandang Najib, untung warga FELDA,walaupun tiada sapa wakil FELDA untuk tuntut bonus raya,tapi diberi juga......hahaha.....

Sekarang nak masuk minggu ke dua ramadhan_walaupun Cuepacs dok merayu minta bonus raya diberi untuk penjawat awam ,tapi buat masa sekarang ni....sebelah mata pun tak dipandang Najib,malah ada kenyataan berbunyi "kerajaan belum berfikir nak bagi bonus raya pada penjawat awam",kalau nak fikir pun belum_rasanya....makan habuk le...hehehe.....

Yang best-nya Najib kata bonus yang diberi pada warga FELDA adalah hasil perjuangan BN....hehehe.... Makna-nya yang lain tu bukanlah perjuangan BN,sebab tu tarak bonus....

* Orangni tak jeles kat warga FELDA ok.....hahaha.....

Selasa, 16 Julai 2013

Pendedahan Calon BN Kuala Besut Berkempen Untuk Menang

Alahaiii.... Belum menang lagi dah lagak macam jadi YB... mudahnya diangkat jadi calon BN kat Kuala Besut ... tak payah susah-sudah keluarkan duit .. tak payah sibuk-sibuk dapatkan PERMIT berkempen .... asal saja ada program jabatan itu atau jabatan ini ... pi selit saja .... semuanya menggunakan "lesen" majlis beraman mesra !!!! ......

Lepas tu media massa arus perdana. seperti selalunya, bertindak dengan bangsatnya akan sentiasa menjadi agen fitnah ..... hehehehe ...yang pastinya si calon BN tu kalau kalahpon tetap di"angkat" duduk dalam unit pentadbiran gomen ....... sama ada jadi orang kuat GLC atau Pegawai Khas menteri ...hehehehehe itulah umno dengan slogan sinonimnya "Janji masyuuukkkkkk" .........

Belum menang lagi jadi ADUN Kuala Besut....dah lakukan ketiadakadilan dalam pertandingan.. 
Guru dan kaki tangan kerajaan terpaksa mendengar kempen politik dari calon BN yang ambil kesempatan...haha..
Jika Telus Dan Adil Kenapa Calon PAS tidak Diberi Peluang Untuk Berkempen Dalam Majlis Khas Bersama Guru-Guru Juga..?? Dimana SPR dalam isu ini...menyorok disebalik botol dakwat kah..??

Petikan sebuah akhbar berkaitan calon BN
PRK Kuala Besut : Guru Dirayu Beri Sokongan Penuh Kepada BN
Golongan dalam profession perguruan dirayu supaya terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (N01).

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman turut merayu agar guru di Dun terbabit dapat mempengaruhi rakan-rakan dan saudara mereka yang lain untuk memberi sekali lagi kepercayaan penuh kepada BN menjelang hari pembuangan undi 24 Julai ini.

"Kita harap sokong sepenuhnya lagi dan mempengaruhi rakan, sanak saudara mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat Perjumpaan dengan guru di Wisma Persekutuan Kg. Raja di sini hari ini.

Kira-kira 540 orang guru merupakan pengundi berdaftar di Dun Kuala Besut ini

PRK Kuala Besut Pinggirkan Artis Dalam PAS

Benarkah dalam PRK Kuala Besut artis-artis yang berada dalam PAS ataupun Pakatan Rakyat terpinggir..?

Persoalan yang Orangni timbulkan ini kerana ada bunyi-bunyi sumbang-sumbing dari laman blog pro UMNO BN yang konon-nya artis yang mereka gelar "ustaz dan ustazah mee segera" dalam PAS dipinggirkan dalam kempen PRU N1 Kuala Besut.

Gelaran mee segera tu memang perkara lama yang dimainkan oleh puak UMNO, dalam kepala otak mereka_ artis sertai PAS saja akan jadi ustaz dan ustazah....bab tu memang jadi topik lama yang sekarang masih dok bersarang dalam kepala otak puak UMNO Munafikun Al Baghlal....hahaha.....

Tapi isu meminggirkan golongan artis atau bekas artis yang berada dalam PAS di-dalam kempen PRK Kuala Besut sebenarnya satu fitnah dari puak UMNO,khususnya pengamal blog pro UMNO.

Sebab fitnah memang makanan mereka... Orangni dapat tahu Leman Raja Lawak sekarang berada di Kuala Besut membantu PAS dalam kempen PRK disana. 

"Saya di Kuala Besut Terengganu sekarang dan  bukan mai sini untuk shopping baju raya...saya mai bantu calon dan jentera parti berkempen disini" - ujar Leman RL semasa menghubungi Leman RL.

"Artis dari PKR iaitu Dayang juga akan datang Kuala Besut pada 19hb ni dan yang lain-lain juga dijangka akan datang ,In Sha Allah..." - Leman RL.

Memang ramai barisan artis dan bekas artis didalam PAS ataupun PR,andaikata nak dijemput semua datang ke Kuala Besut dalam waktu berkempen ni.....agak-agak la...bukan-nya nak sumbat semua artis datang berkempen kot_ UMNO BN nak memfitnah pun biarlah ada sumber dan fikirkan logiknya...Kenapa UMNO tak jemput  Ac Mizal atau Azhar Sulaiman untuk buat  "Gwiyomi".....hahaha....

Artis dan bekas artis dalam PR sebenarnya tidak dipinggirkan...hanya kesesuaian keadaan menjadi penyebabnya tentang sebarang undangan...namun kalau ada yang meminggirkan diri...jangan pula rasa terpinggir ye....hahaha.....
Menfitnah adalah kewajipan UMNO BN....!!! hahaha..

Jenazah Pendulang Emas Dihurung Langau

KEMAMAN: Dipercayai akibat gemar berfoya-foya dengan wanita di Thailand, jenazah seorang pendulang emas bukan sahaja dihurung langau, malah liang lahadnya turut digenangi air.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebuah kampung di daerah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Musa berkata, kejadian yang berlaku pada 11 tahun lalu itu benar-benar menginsafkan.

Menurutnya, pendulang emas berusia 52 tahun ketika itu yang juga peneroka tinggal berdekatan dengan rumahnya, meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

“Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Kes dilaporkan kepada polis, namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah. “Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya,” katanya yang membantu memandikan jenazah.

Bercerita lanjut, katanya, kerja-kerja pengebumian sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk. “Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang.

Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan kami terpaksa juga semadikan jenazah dalam keadaan begitu,” katanya. Kata Abdullah, sepanjang hayat, arwah hidup mewah kerana dia pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya.

Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan Siam selama beberapa hari dan pernah mengajak penduduk kampung untuk pergi berhibur bersama samanya.

“Apabila orang kampung tanya buat apa pergi ke Thailand, arwah cakap nak cari ‘mek’,” katanya sambil memberitahu perkongsian pengalaman itu bukan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk dijadikan pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya dapat menghindari perbuatan yang ditegah apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini. -SH

Isnin, 15 Julai 2013

Pelajar digelar Pelacur oleh Guru

KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran Melaka diarah supaya menyiasat punca seorang pelajar sekolah rendah dipanggil 'pelacur' oleh guru disiplinnya.
Pelajar berumur 12 tahun dari Batu Berendam itu membuat laporan polis semalam dengan mendakwa guru disiplinnya memanggilnya 'pelacur' selepas tersilap menuduhnya sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membuat bising dan menimbulkan masalah kepada seorang guru lain.
Laporan menyebut ibu pelajar perempuan itu turut diminta oleh guru disiplin terbabit supaya memindahkan anaknya ke sekolah lain. - BERNAMA

Ahad, 14 Julai 2013

Elak Makan Ayam Nasihat Terbaik Dari Otak Ayam

Menteri: Elak makan ayam kalau dah otak macam ayam....hahaha...
KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.- Sumber

Kenyatan ini menteri sewajarnya disambung.....kalau harga beras mahal rakyat harus makan gandum pulak dan rakyat  jangan merunggut kecewa sangat  kerana walaupun harga ayam dipasaran sentiasa naik-naik dan terus naik....namun bersyukurlah kerana harga baja tahi ayam masih kekal dengan harga RM1.50 segundi....

Satu lagi_hanya harga ayam naik harga dipasaran,namun harga lembu tidak naik dan telah membuktikan ketua wanita UMNO berjaya mengawal harga lembu dipasaran.... Anda harus bersyukurrrr.....hahaha....

Seolah-olah semua masaalah kenaikan harga di negara ini...rakyat kena fikir sendiri nak atasi, Pak Menteri dari kalangan orang UMNO hanya boleh cakap dengan kenyataan berotak ayam....hahaha....

Dok tunggu kenyataan..."Siapa tak suka harga ayam naik sila duduk dalam hutan.." hahaha.....
Masih mahu makan ayam..????
Sardin cap Ayam...masih belum naik harga.. bodoh punya bapak mentli...puihhhh !!.hahaha...

Video Tazkirah Sindir Alleycats Dari Kazim Di Bulan Ramadhan...hahahahaha....

Hahaha......hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....gelak ketawa mengilai...itu lah yang kedengaran riuh rendah didalam klip video pendek yang dimuat naik dilaman FB Kazim Elias.....


Hahaha......hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha..... Nampak macam sebuah majlis dalam sebuah dewan,tak silap kat Holiday Villa Hotel & Suites, Subang.,terconggok Kazim Elias di atas pentas sambil berceramah ataupun sama maksudnya bertazkirah didepan para hadirin....

yang diupload hanya pada slot ketika menyanyi,berjenaka dan menyindir....tiada slot kerohanian dalam islam pun, agaknya part lawak sindirlah yang paling hebat dalam tazkirah Si Kazim ni...hahahaha...hahaha...haha....itu aje....

Hahaha......hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....Kedengaran "Ku nanti mu di pintu syurga....Terima Kasihhh...!!!!!"...disambut...hahaha...hahaha...hahaha.....

Hahaha......hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....hahaha.....Allaycat pun disindir Kazim, boleh pulak yer..?? Apapun lantak p la nak sindir sapa pun...hahaha...

Tapi....

Kan Tok Mufti Perak dah larang bertazkirah dengan menyindir dalam bulan puasa.._sebab video dari Kazim ni rasanya dalam bulan puasa sebab tarikh uploadnya pada 14hb Julai 2013 12.11 ptg.._ mungkin majlis ni tak ada solat terawih kot....jadi boleh balun le gamaknye ye.....Hahaha......hahaha.....hahaha.....hahaha....